Pages

6.5.09

Hebatkah Ciuman Anda

Ciuman bagaimana yang mudah membangkitkan suasana berahi? Atau golongan mana yang mempunyai gaya dan cara yang tersendiri. Jika anda ingin tahu, lelaki juga boleh dinilai kadar ciumannya mengikut zodiak masing2. JOM kita lihat zodiak anda dan mana yang lebih kuasa….lebih bergaya.Yess!!

Capricon
Dikhabarkan ciuman dari warga Capricon begitu romantis. Bukan sekadar romantis yang biasa, tetapi romantis yang boleh menghilangkan stres dan duka lara. Ada aura yang tersendiri dengan ciuman warga ini.

Leo
Leo yang memang terkenal dengan sikap tegas dan keras ini ternyata memiliki ciuman yang liar, tanpa rasa malu, malahan tidak teragak-agak untuk menggigit atau mencakar (fuiiyyohhh!!!). Dengan membawa lambang singa ini, mereka sangat suka jika mendapat pujian dari pasangannya terutama sekali jika pujian itu tentang aksinya yang luar biasa…

Aquarius
Sesuai dengan ikonnya iaitu air, warga Aquarius ternyata memiliki ciuman yang agak kebasahan. Selain itu, ketika ciuman berlansung, mereka umumnya suka membuka mata yang luas sebagai menghargai perasaan ketika itu.

Virgo
Warga ini memiliki gaya ciuman yang halus, lembut, terurus sehingga pasangan menjadi tidak keruan. Dalam kelembutan, sang VIRGO melepaskan kuasanya. Ciuman VIRGO penuh dengan seni, bakal membuat pasangan merasai kenikmatannya.

Pisces
Lelaki dengan berlambangkan ikan ini memiliki gaya ciuman dengan pandangan yang tajam, penuh nafsu dan ghairah. Malah, ia berlansung dengan cukup lama dan penuh perasaan!!

Libra
Gaya ciuman warga Libra dikhabarkan kurang hangat! Kenapa? Warga ini selalu memikirkan sesuatu yang di luar jangkaan mereka. Itu belum lagi dimana mereka suka menghela nafas ketika sedang bercium. Kiranya, yang tidak tercapai dek akal menjadi igauan ngeri mereka. Sedangakan perkara itu tidak ada kena mengena pun dalam ini cerita.

Aries
Orang2 ARIES ternyata memiliki ciuman yang penuh nafsu. Namun, ciuman itu tidak kekal lama, cuma berlansung sekejap. Ghairah seketika.

Scorpio
Percaya atau tidak, orang2 dibawah naungan ini tidak terlalu suka dengan ciuman. Dalam melakukan hubungan asmara, mereka lebih suka melewatkan aktiviti tu dan terus ke agenda yang sebenar sahaja (straight to the point). Tiada aktiviti memanaskan badan. Jadi kepada warga Scorpio, renung renungkan…

Taurus
Berbeza pula dengan puak-puak TAURUS, ciuman mereka umumnya berlansung dengan sangat perlahan, tidak tergesa2, tenang, penuh kemesraan dan berlansung terus lagi… dan lagi.. lagi. Perlahan dalam rali yang panjang.

Sagitarius
Bintang berikonkan anak panah ini sememangnya ciuman mereka dinantikan. Mereka memiliki ciuman dengan gaya yang mengejutkan, spontan dan mengghairahkan. Ketika sang SAGITARIUS melepaskan anak panah mengenai pasangannya, sudah tiba masanya untuk anda mengecapi bahagia ini dengan warga SAGITARIUS!!Yehaa…

Gemini
Warga GEMINI kononnya mempunyai peribadi yang hangat dan ceria. Tidak hairanlah jika ketika ciuman berlansung, akan diselang seli dengan senyuman dan gelak tawa. Gemini suka melakukan sesuatu yang baru dalam ciuman. Nantikan kejutannya..

Cancer
Ahli-ahli CANCER memang terkenal dengan sikapnya yang berhati-hati, kurang terbuka dan selalu ingin dimanja. Dalam ciuman, mereka lebiih suka melakukannya dengan lembut, hangat dan tidak mahu melepaskan aksi itu.


p/s: i sagitarius ok..

2 comments:

Buyuiazliana said...

laki ko?kikiki!

azataq said...

laki den virgo kot kalau x silap...heheheh..ala 30 ogos..virgo lah kan