Pages

28.10.11

Scan Lagi

Harini secara x sengaja pegi cari klinik tuk scan..sebab satu baby kurang sangat sangat sangat gerak..pehtu pinggang kaki bagai sakit nak rak mcm nak bersalin..kecuali xda sakit perut jer..

Ok keputusan yang diambil..dan doc tadi pon kata..ikut jer scan ni..sebab dah 3x scan tetap jugak bln 12...sebab bulan 1 tu dah lbt sgt...risiko sangat sangat sangat tinggi adalah bahaya n kematian..lol..takut kan..giler ganas doc ni ckp lepas terus...then dia kata..awak pegi jer jumpa pakar...jgn tunggu tarikh sepatutnya...sebab kalau nak ceaser kena 2 minggu awal...so dats mean dlm area 23-25 nov lah kena ceaser ni...sebab risiko bila dah rasa sakit nak bersalin tuk kali ketiga ni mmg bahaya lah tuk ceaser...takut potong perut terpotong baby...[doc tu ckp lepas lagi...]

Jadinya bila doc dah ckp camtu barulah mr a kata...ok lah kita kena buat sendiri jumpa pakar awal bln 11 yg dia fikir ada lagi sebulan....minggu depan jer pon..baru dia kata..oh ye ke...jadinya..menjimatkan waktu dan segalanya....masa htr aqil 10 nov ni..setel kan aqil....then terus pi klinik pakar ante natal tu...mama pon bg suggestion yg sama....ye lah..dah aqil dulu pon dah cukup sekarang ni memeningkan kepala pikir cam mana lagi nak buat dia..kesian...berat dia dah kurang dari adik..adik lg berat....mungkin lah org kata takdir kan...tp tanpa kecuaian pihak tertentu mungkin benda ni xkan jadi mcm ni kan....jadi..itulah...yg ketiga ni nak kena demand jugak...

p/s: doc & misi x selalu nya betul..kita kena ambil langkah sendiri jugak....cam aqil pon...semua tempat pegi cek....xlah semua..tp pegilah jugak..swasta bagai...ada pakar yg sgt pakar [sb dia dah tua...kira dah lama pakar lah...] pon kata tonsil dia ok..padahal doc2 kat wad tu kata x ok....boleh terima ker???

xoxo

24.10.11

Keseronokkan...

Hurm...tatkala ni..mmg lah pagi buta ya amat...kul 1.30 PG...hurm..pagi2 buta lah baru nak update katanyer...

Secara x sengaja...sb kala ini x blh nak tido sebab Ada mcm2 rs....lapar Ada...senak perut Ada..skt belakang Ada...tp dlm dok lapar ngan x leh tido lg...huish..ligat sguh baby dlm ni gerak yer...sbr baby..tau MU jadi ikan bakar kpd MC td..nak buek cam mano...

Mmg rs syok kalau baby gerak..walaopon kdg2 rs Sgt x selesa...tp ini lah kali terakhir dpt rasa gerakan baby...lps ni mesti rindu...almaklum lah..demi kesihatan jugak...jadi kita redha je lah...mungkin itu cukup untuk aku n laki aku..(wah ayat...)

Perut masih agak lapar..kalau mkn time ni bertambah lah x leh tido...dah lah menjak masuk phase ke-3 ni...Cara tido adalah secara duduk menyandar...mmg Sgt teruk keadaan dia bila bgn pagi...tulang punggul pon akan rs mcm bengkak...sebab semalaman asyik duduk jer tertekan...dan Sgt moody lah jugak bila bgn tido....jadi kesimpulannya...kena tahan lah jugak tuk 2/3 bln lagi...hurm...

P/s : cam mana yer remaja2 yg buang bayi segala tu...ms alam mengandung tu..xda sikit ker tercalit rs syg dikala baby gerak2 dlm perut??....(tp ttp x suka org yg suka share benda2 camni...pehtu dah share p komen tah haper2 kutuk org tu..sendiri share...sendiri kutuk)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

20.10.11

Dec or Jan

Hurm..kekeliruan berlaku lagi disaat badan tgh x tenteram...gatal2..bengkak2..sakit2 bagai..bila scan kata due on dec....tetiba kemarin gi check-up...doc decide suh ikut tarikh yg was2 tu...Jan...gosh...dah lah mmg was2 kan...ditambah lagi..hurm...tapi rasa nya kalau ikut scan...scan tu btl lah..sebab sebelum ni selalu kalau scan mesti doc akan kata baby kecik dari ukuran sbnr...tp kali ni...baby mcm ikut minggu...xkan lah baby besar dari sepatutnya....kalau tgk pada ukuran scan..mmg ada perbezaan selama sebulan yer..ok..

Jumpa pakar 7 dec ni...nak dikabokan semua benda perihal lah..sebab masih trauma n takut overdue....tambah lagi...baru 31/27 minggu ni...dah rasa mcm nak tunggu masa bersalin jer sebab rasa mcm dah x larat sangat nak bawa perut....mcm dah letih sungguh...semua org tgk pon akan tegur....dan tanya bila due..bila dikabokan due..semua terkejut ala makcik gayah...[nyampah aku cara tekejut korg kan...nampak sgt nak perli aku ler tu..] ayat tu....lambat lagi..tp nampak mcm dah x larat mcm nak due jer...ceh..teringin jer nak tempek kasut berpasir aku ni kat muka korg kan...nyampah...ok...

Done....

xoxo

7.10.11

Aqmal Rafhan

Aqmal Rafhan dah hampir 2 tahun dah...wah..tahun ni agak2 sangat melampau yer bday celebration abg2 AQ ni...hurm...

Haritu Aqil celebrate kat Genting....secara x sengaja jugak plannya....kali ni Aqmal insyallah kat Cherating...sebab semua org nak ke Cherating malam ni...[semoga selamat sampai kedestinasi....AMIN]...

Cadangnya mmg nak buat ala simple habis lah bday Aqmal ni sebenarnya...sebab memula plan abg Aqil kena opt buang tonsil pada 7 oct ni...sepatutnya harini lah...dalam dok debar2 bagai ngan apa....tetiba pihak spital tepon kata di tunda...oh..lama giler nak tunggu...sebulan jer pun...tp sebulan pon agak lama jugak...jadinya..terus ummi tepon kata...jom lah ke Cherating....

Disebabkan empunya blog ini adalah kaki jalan..walaopon dah x larat nak bw perot...dan sebab semua org pi...dan sebab nak sambut bday Aqmal sekali..n anibersari mak yang n pak yang...so pegilah..asal nak buat brownies as kek depa ni...tp x jadi...sebab xda masa...hohohoho...nanti beli kat sana je lah yer...

OK..sampai disini ya...opps...

Jangan lupa follow Cherylicious ya...mwah...

xoxo

4.10.11

Hurm

Aku pon pelik...tp mesti akan org lain pikir org2 mcm aku akan sokong benda2 ni kan....isk isk isk la...kalau lah diluluskan x tau lah jadi apa....


tetiba kan aku punya blog bertukar...ngahahaha


Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!


persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar...
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH

(Agama Islam)....
gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada'kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

Allahua`ala `alam.
27 SEPTEMBER 2007


xoxo