Pages

25.5.11

Poco - Poco

Let's see...

Antara2 yg dpt di copy paste kan....

1. Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Admin ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tentang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama Islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.
Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina. Cuma lagu sahaja yang berasal dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg beragama Kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk 'SALIB'.

Mungkin kita tidak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yang menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana ia menyerupai agama Hindu. Cuma tarian poco-poco ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama-sama fikirkan.
Tidakkah kita terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?

Semoga isu ini mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal-usul dan kesannya kepada akidah umat Islam seterusnya mengeluarkan fatwa berhubung tarian ini,agar umat Islam tidak terus berada dalam kelalaian dan keasyikkan menarikan tarian ini. Wallahua'lam..


Ok....x penah lah lagi masa zaman dedolu..dlm gereja nak sembahyang..we olls...ternari2 untuk buat salib..blm lagi...and mn2 mazhab kristian pun tgk xda jugak yg buat...so cuba anda masuk mana2 gereja untuk tgk cara2 depa semayang yer...sekian...

2. Ini pandangan rina. Kalau nak kata ia membentuk salib dan sebab itu ia haram, pandangan ini tak kukuh langsung! Ada banyak lagi tarian lain termasuk seni mempertahankan diri seperti silat yang langkahnya lebih kurang sama iaitu 4 penjuru. Kanan kiri depan dan belakang. Bagaimana ini boleh dikatakan sebagai membentuk salib? Jika benar…ia perlu dipertimbangkan kerana ia mungkin hanya kebetulan…

Menghalalkan perkara yang haram dosa besar hukumnya. Mengharamkan benda yang halal pun haram hukumnya. Kita bukanlah orang yang berhak menjatuhkan hukum. Jika tahu akan propaganda yang dilancarkan oleh orang kafir untuk merosakkan kita, maklumkan kepada majlis bekernaan untuk ditetapkan hukum. Jangan jatuhkan hukum sendiri pengikut pandangan kita sahaja. Ia perlu dikaji dan disiasat.

Namun, sesuatu yang tiada kepastian akan hukumnya akan jatuh sebagai ‘gharar’ iaitu tiada ketentuan. Dan ‘gharar’ hukumnya adalah haram! Sama juga sesuatu yang kita was-was, walaupun sesuatu itu halal pada dasarnya, tapi kerana kita was-was, maka ia haram buat kita. Tidak untuk orang lain.

Rina tidak menyokong tarian Poco-poco atau sebarang tarian lain. Kerana ia mengundang kelalaian, apatah lagi dengan tarian oleh wanita-wanita yang begitu menggoda. Ini jelas haram hukumnya. Tidak perlukan dalil lagi melainkan tarian itu hanya dilakukan dirumah, atau berasingan lelaki dan wanita.

Sememangnya, poco-poco berasal dari Indonesia. Pergerakan tarian ini asalnya ia merupakan tarian tradisi oleh keturunan asli Minahasa di
kepulauan di timur di Indonesia.Ia kemudian dipopularkan sebagai salah satu aktiviti riadah dikalangan tentera khas Indonesia untuk merapatkan hubungan sesama anggota….

Pada hari ini, poco-poco menjadi popular dikalangan wanita kerana ia merupakan satu bentuk senaman ringan/riadah untuk kesihatan &
merapatkan hubungan.


Ok..pasal emel kan..dia kata emel ok....mmg selalu kita akan dapat emel yg mengingatkan pasal halal haram...semua pun haram..sampai kan nak sambut mothers day pun dikatakan haram..lol..x slh aku rasa mothers day..elok jugak di adakan hari2 camni....sebab kebanyakkan kita ni kekadang terlalai dan saja lalai2..so bila dtg hari ibu ni....kita mesti teringat kat mak kita..mesti terkenang kan betapa lalainya mereka sampai mengabaikan mak sendiri..kan..so hari ibu tu tuk memperingati ibu kita lah..yg mmg selalu ingat tu alhamdulilah...x salah kan kalau kita nak raikan hari ibu tu kan....nanti aku korek plak pasal org kata hari ibu tu haram...

ok yg psl rina tu...dia lebih kurang mak jer kan....x berapa nak pasti...pandangan dia lebih kurang ngan pandangan mak lah...cuma yg nombor satu tu aku rasa..dia agak terikut sgt apa2 org tulis...then copy paste kat blog kan...

ai pun xde lah selalu buat poco2....tp kalau korg mls nak joging bagai...korang menari ker...dah salah satu exercise gak tu...kalau buat poco2 kan...perut bisa menten gitew....auw....


Sekian......

p/s: tetiba rasa mcm apa lah ada yg halal lagi kat dunia ni.........

xoxo

1 comment:

Buyuiazliana said...

malaysia negara kecoh, buntuit org pon nk suluh apatah lg menari2 ni...ohh tp kalau melayu keje tonggang botol or bersepah kt kedai toto sport nampak ke x ek?